Friday 27 December 2013

the most stupid question in the world.

"we're friends, right?"



entah patut kalau rasa tak sedap hati harus pendam diam diam
im sucker for this obvious statement but i had to know.
sebab dah bertahun salah anggap and now i dont want that to happen ever again.


its nearly 2014
and its funny how i am the one who excited about you being 30.
or 3 series as u called it.
maybe im just scared.
that you would turn desperate and choose those girls
over me.
or maybe
im afraid that you giving up
and end up being alone.


just like your wild dream
you told everytime before we go to sleep.

Wednesday 20 November 2013

5 minutes drive distance.


ni sedang bermain dengan api ke
bara ke
salji ke
hujan ke
tatau.


yang tau sekarang tengah terbang bagai secebis bulu burung
yang wusshh wussssh
macam ke hulu ke hilir tak heran apa
langgar tiang terhentak dinding
sikit tak perduli.


"hati-hati" mereka pesan
"terus terang" mereka gesa
"sudah sudahlah" kata mereka.

sabar beb.
wa belum puas.

20/11/2013

Monday 18 November 2013

And they love it!







To you they crawl, body sprawl 
Smokin' Pall Malls
Close call, stand tall
Doll, you make them feel so small

Saturday 16 November 2013

yada yada.


"I'm waiting for you"

"For what?"
"To leave me"
"Why would I?"



you will. one way or another.
you will see flaws in me and hated it.
you will taste the sweet turning sour.
you will have to face the fact that im not as you expect me to be.

i had nothing left to serve you.
nothing to gave
while demanding the world from you.

i will give you nothing but burdens.
Now you tell me;


"When are you leaving? "

Sunday 3 November 2013

november love.

hello bitches.


life getting better, shit still happens.
whatever.


sekarang dah boleh get over cinta hati 3 tahun lepas tu jumpa syaitan yang sikit lebih kurang macam sebelum sebelumnya malah mungkin lagi syaitan tapi entah kenapa memang secara azalinya akan hanya berselera dengan syaitan nirojim neraka ke tujuh.


he has done everything in the hell guidance book.
everything.
the oh-no-no-no-you-are-not-going-to-marry-this-guy-why-in-the-earth-you-wasting-your-time-money-love-and-future-with-this-shit type of guy.

tapi tahukah kalian, lelaki ini lah yang paling delicous antara mereka?
haha. till then bitches.
more heart broken , self destructive writing are about to come.

Monday 16 September 2013

hye.

hai awak.
dan
awak.


saya ada satu soalan ni.
kenapa ya, yang awak
dan
awak
cari ialah wanita sempurna?

yang penuh ilmu didada
yang cantik bak bidadari syurga
yang terlitup agama terpelihara
yang mewah kaya raya.

apa siapa yang ingin melihat wanita seperti saya?
tersumping tersopek sini sana?


Saturday 14 September 2013

alone.



aku telah berhenti mengira.
hari, tarikh, masa.
aku cuba untuk tidak terlalu perduli
akan masa-masa yang berlalu
sebab aku tak ingin tahu
berapa lama kau hilang tidak perdulikan aku.


tiada siapa tahu apa terjadi malam itu.
kenapa mata bengkak kenapa eyeliner berpisat
kenapa lewat aku pulang
kemana aku pergi seorang.
mereka bertanya, bertalu talu.
tapi aku diamkan.

engkau, yang terlalu lama aku sembunyikan,
akan sentiasa jadi rahsia
rahsia kita.

yang mana kalau terserempak dimana-mana
hanya mampu memandang jauh dan senyum hambar.
tiada sapaan bertanya khabar,
tiada senyum mahupun berjabat.


cinta hati aku.
yang aku gadaikan seluruh nyawa aku.
yang aku korbankan setiap apa adanya aku.
yang paling aku sayang dalam diam.
akan selamanya jadi rahsia terpendam.




hilang sudah 3 tahun kita, sayang.







Monday 26 August 2013

P as in pathetic.

Mean.
secara foniknya
panggilan untuk kau seperti menjadi suatu doa.
dan ya,
mungkin lebih dari 40 mendoakan kau menjadi kejam.


--
A girl got to do what a girl got to do.
pergilah.
lepaskan
tinggalkan
buang
hilang.

cakap senang kan?

aku sedang cuba ni.
contact wechat senarai whatsapp
Line kakaotalk jadah
semua aku delete.
sengaja.(dan disebabkan kau delete terlebih dahulu)


aku sedang mula hidup baru sekarang.
hectic but, yeah, atleast i can feel pain rather than numb.
kadang kadang pedih kadang kadang nyaman.
pelik.



kadang sengaja aku leka lama berbicara dengan Tuhan.
bertanyakan jalan, memohon dibentangkan panduan.
kalau dia itu bukan jodoh, dia itu apa?
kalau dia itu Kau temukan saat aku parah berduka itu
sebabnya apa?
kalau rasa itu kejap ada kejapnya hilang ,
maka bagaimana?

aku keliru.
buntu.




atau mungkin
aku masih rindu?

Monday 12 August 2013

The worst lies are the ones you tell yourself


hye bitches.



hows your raya?
mine, sucks.

a topsy turvy week ends with a nice surprise from God to me.
at first , i blame Him.
why now?
why wont you delay it a bit?
I need no pressure.

but.
I come to think again.
this may be my wake up call.


I saw him just now, with her.
I amazed by my insticnt on how fishy he sounds.
I amazed on how God create the moment of golden for that to happen.
I knew this day would come, someday.
i even used to practise it before, what to do, what to say
what to act or what to play.

but when it really REALLY happen,
i went cold and numb.
even now, i barely taste anything, feel anything.

pernah rasa tak macam hati rasa ngilu
sangat dan terlalu sampaikan nak bernafas pun
rasa tak mampu?
Yes. macam tu aku rasa sekarang.

mungkin dunia terlalu kejam untuk aku
mungkin dunia terlalu bosan melihat aku
terlalu lama hanyut
mungkin ini masanya untukaku tersentak dan mula bangun
dari ruang yang sama
--- 3 tahun lepas.


tarikh ini,
genap tarikh ini.
10/8/2010

Saturday 3 August 2013

my Kryptonite I



bagai si bidadari;
kemana pergi pasti ada yang menjalar memerhati.
bagai si puteri,
ditatang penuh, dijaga rapi.


dia bisa memiliki sesiapa sahaja yang dia kehendaki.
sesiapa.
dengan atau tanpa dengan sedar.
dia mengikat hati dia dan dia
yang entah siapa-siapa.


tapi dari alis mata itu,
tiada siapa tahu.
lelaki itu,
hanya lelaki itu.
yang gagal dia takluk.

Monday 29 July 2013

syurga dan neraka

kau patahkan sayap sayap sang malaikat
kau tangkukkan kaki si syaitan.




entah apa yang memimpin kau kala ini.
entah siapa.

Friday 5 July 2013

please be honest.



berapa tubuh telah kau rangkul,
sepanjang kita bersama?
berapa hati telah kau carik
sebelum tibanya "kita"?



jujur kau itu punya harga.
aku jijik bersama kau yang sudah ditanda
liur entah siapa.

as a bee.




kebelakangan ini, dunia seperti memerlukan aku.
semuanya;
jasad, kudrat, emosi dan mental.

dan saat itu juga aku gunakan untuk melenyapkan kau dari setiap
sisi hidup aku.


hari ini,
aku diberi ruang sendiri.
ruang yang mana setiap pagi
selain dari  tersesak dengan jammed dan kopi tertumpah atas riba
saban hari--
aku diberi ruang untuk duduk di beranda dan menghayati.
pagi dengan kau berada sini.


selamat hari berbahagia, sayangku.
esok lusa
akan aku singgah kembali.




Saturday 8 June 2013

we

"i'll fix it for us..... nothing is as bad as it seems..."



I will wait for it, sayang. 
take my time, my consciousness, my life.

I will wait until "us" is fixed.

Sunday 2 June 2013

time machine.





paling mahu mesin pemutar masa
mungkin mahu ulang kembali, baiki semula
langkah langkah kurang bijak
tindak tanduk paling bangang
agar
tidak terbeban seperti sekarang.



tolong....?

seeds/







sudah aku ingatkan;
aku ini pendendam.
pendendam tegar.
suatu hari nanti
bila aku punya peluang nanti
bila aku punya upaya nanti
akan aku pastikan kau
dan kau
merasa
menderita
merana
sama seperti
yang kau
dan kau
beri suatu ketika
dahulu.


dan aku akan ada di situ
hanya untuk
menikmati bahagianya
melihat kau
dan kau



mati.

Thursday 30 May 2013

La Douleur Exquise.

At first I just wanted you to fuck me,
but then I got greedy.









Now I want you to love me

Wednesday 29 May 2013

kaca dan nyata.

mungkin pada sesetengah orang,
aku ini terlalu gila.
hati keras, tidak berhati perut, tidak waras
hilang pertimbangan
baran tidak kena tempat
tak pandai menilai
tak pandai menghargai
terlalu lepas tangan
tidak mampu berkomitment
tidak mampu menyayangi
terang terang
ego yang maha tinggi.


mereka silap.
mereka tidak pernah kesini.
mereka tidak pernah terlihat titis air mata aku meratapi
tiap tiap hari sebelum lena.
mereka tidak tahu apa dalam akal aku
tiap kali aku termenung jauh.
tiap kali aku berhenti menanti hijau.
tiap keluh aku perlahan,
mereka tidak pernah dengar.
dalam mata ini, mereka tidak pernah selami.


jiwa aku ini penuhnya dia.
aku boleh dan mampu menyayangi sepnuh jiwa
separuh gila.
tapi aku pendam.
pendam
dalam dalam
sampaikan suatu hari ;





ia hilang.

Tuesday 28 May 2013

payday.

aku tahu

kalau kau punya mampu,
seluruh alam ingin kau tatangkan.
semua ingin kau berikan
kemewahan, kegembiraan
apa pun minta,
kau cuba tunaikan.


tapi sayang,
hidup ini punya limitasi.
yang mana penghalang
yang membezakan kan kau
dari laki laki yang lain

biar kau itu hanya satu
dan
hanya itu.
hanya satu
hanya untuk aku.

hatred of love.

dihembus hembus
ditiup tiup,
tidak bergerak.
yang datang cuma libasan libasan
perasaan
yang maha menyakitkan.

makin dalam
makin pedih.
sayang aku itu pada kamu.

Sunday 26 May 2013

tsunami.

dalam seribu kepahitan dan seribu kesakitan
yang datang bersama saat pertama kita berjumpa;


sayang,
aku bersedia.

Saturday 18 May 2013

marriage proposal.

yang kalau ditangguh tangguh pun tak apa
yang mahu ditunggu bekalan wang mencukupi dahulu pun tak apa
yang diberi seadanya seikhlasnya pun tak apa.
yang penting ada janji untuk kekal setia bersama selamanya.
dalam sesak, dalam senang.
bersama.




ini bukan kerana dia tersekat tiada pilihan selainnya.
dia ada.
cuma,
dia mahu lelaki itu lelaki terakhir buatnya.

KL-MLK

suatu ketika dahulu.
kau pernah ada dalam doa-doa selepas sujudku.
suatu ketika dahulu
pernah aku merayu pada Dia agar kau jodohnya bersamaku.


kau pernah ada, sayangku.
pernah.



tapi sekarang tidak lagi.

Saturday 27 April 2013

hello?

I tried very hard not to think otherwise--

not to imagine you, with any other girl.
you; laughing happily around her.
you; loves her too little too much
spoil with sugar and pride.

I forced myself to think you're too busy
anywhere--
doing god know what.
with god know who.
saving the world perhaps.
finding cure for cancer for example.
fighting for gaza maybe.

Anything.
that cause you too busy
to reply to my short message.
one frigging short message of hello.


Wednesday 17 April 2013

silence oath.



"aku mahukan wanita;
tidak kiralah siapa. 
asalkan wanita.
siapa pun.
siapa pun



asalkan bukan kau."

Sunday 14 April 2013

you and only you.








kalau boleh sekarang aku mahu berlutut merayu
menanyakan mana lagi salah silap aku
mana lagi cela hina aku
apa boleh lagi aku perbetulkan
apa aku punya masa untuk dimaafkan?


tiap-tiap hari yang aku fikirkan hanya kamu.
ya.
saat tersekat dalam trafik
saat membeli kopi dan sarapan pagi.
saat perbincangan-perbincangan kecil yang aku punya waktu untuk mengelamun;
ruang itu terisinya kamu.


aku tidak pernah berani meluahkan
tak pernah.
entah ego entah maruah
entah apa yang menahan aku dari melakukkan konfesi memalukan ini.
apa pun ia--
aku bersyukur.


cuma satu sayangku,
cuma satu;
apa sebenarnya peluang itu masih milik aku?

Wednesday 10 April 2013

goodbye.



kalau kini yang kau dan engkau nampak kononnya seorang perepuan yang merciless, heartless sebab aku mampu hancurkan hati yang paling sayangkan aku, seorang perempuan yang paling tidak mengenang budi, yang tak tahu bersyukur, tak reti membalas jasa, terpulanglah.


aku sudah penat mengandai-andai.
penat memuaskan hati kau dan engkau yang tidak penting dan tiada berkepentingan pada aku.
aku sedang menghitung hari untuk kita tidak berjumpa lagi.
ya.
i hate you that much.
please stay away and lets not keep in touch.


Wednesday 3 April 2013

strike.

"suatu hari nanti kita mesti jadi macam orang lain. sabarlah."




dah hampir 3 tahun tapi sampai sekarang just tak pernah faham nak kena tunggu apa sebenarnya.
macam makan tak cukup lagi ke duit tak berkepuk lagi ke kereta rumah tak beli lagi ke menari tengah malam pesta goyang belum terasa nak taubat lagi ke or just belum terasa nak.

lupa nak tanya pun satu hal juga.
ke kita pernah diskas tapi as usual you being you diverting everything towards others.
arrrghh--
I fed up, darling.
sekarang tengah duduk kerubung bawah comforter dengan suhu 17 dalam bilik gelap tak nak bukak lampu sampai esok pagi dan off handphone sampai tahun depan.
ke nak tukar number biar you menggila?




kalau menggila la.

Monday 1 April 2013

adorasi.

i would have done anything; just to get back there again, honey.









anything.



Sunday 24 March 2013

24th.



"aku tak ke mana. aku ada. aku sentiasa ada. jangan takut"

Tuesday 19 March 2013

sudah pari-pari bisikan pada telinganya
"sudahlah, kau sudah habis berusaha..."
sudah para malaikat memeluk melindunginya
"berhentilah...biarkan dia dan hidupnya"
sudah segala alam jagat memegangnya
"bangunlah...teruskan hidup kau pula.."
namun dia masih bertanya;



salahkah aku masih gagah mencuba?

turbulence

dalam keluh kesah penyesalan dosa dosa silam
dalam hirup nafas segar kesedaran
dan penyesalan;





dia masih ingat akan penciptanya.

Friday 15 March 2013

"Tuhan sedang mengujimu,sayangku"







mohon kekalkan apa ada nya.
aku tak mampu hidup kurang dari ini
tidak aku layak lebih dari ini.
sekadar,jangan di tarik dahulu.
aku ini masih belum sedia.

Wednesday 13 March 2013

because i couldnt scream out loud.

i miss you,
so
fucking
damn 
much
even
i
could
never
miss
anything
anyone
more
than
this
so
please
be
fucking
home
like
fucking
right
now
you
you
and
you

Monday 11 March 2013

try and error

yang paling berani mati antara mereka;



kali ini dia mempertaruhkan dua lagi nyawa.

Saturday 9 March 2013

typical walk of shame.

Waktu awal kau mula buat keputusan semalam,kau dah di ingatkan,kau bakal terluka.
Apa pun--
syaratnya pasti kau akan terluka.
Dan seperti selalu,kau masih pilih untuk teruskan juga.
Apa harapan kau sedang pegang,
tiada siapa faham.
Sekarang kau harus meratap saat-saat
malu bersalah dan terhina sampai bila bila.









Perjanjian dengan si nirojim, ruginya diri kau sendiri.

woman's day grand prize.

hensem gilos
pastu comey angat
pastu tapak tangan besar lengan gagah pekasa urat dawai isi kental
pastu bau antiseptic maskulin habis
hisap rokok style sendiri ketuk ketuk baru light up
pastu macam expert gile nak kucing kucing sebelum lelap lepastu
nakal amat geget geget telinge hembus pusat
sambil jari putar putar belakang badan.
bangun tidur merengek rengek kecik
pastu sebelum pergi kerja pakai beg sandang macam budak form 1 rambut serabai pastu bongkok sikit depan pintu cakap bye and kerut hidung tutup mata curi curi kiss atas dahi and tepi dagu and


hoi.
now kau cakap bagaimana tidak untuk aku rindu??!



6.45 am

kalau boleh
tiap pagi pun begini

Thursday 7 March 2013

tak akan ada.

tak akan ada.



yang mampu mencintai kau sehebat cinta aku ini.
tak akan ada
yang sanggup menerima hinanya kisah kau dulu
mahupun busuknya hati kau itu.
tak akan ada
yang gagah bertahan berdiri dicerca dimaki
tapi masih mengegam tangan, memimpin kau kembali.
tak akan ada
cinta yang maha agung
yang mampu membuatkan kau hidup kembali.




tak akan ada;
kecuali aku.

secret garden


"I nanti dah tua, I cita-cita nak bikin pangkin sini..."
"untuk apa?"
"senang I nak lepak, hisap ganja, main kad."
"bapak tinggi cita-cita you"
"I know :) "

Friday 1 March 2013

Wednesday 27 February 2013

its been a month, no?

betapa.

awaklah yang paling mustahil untuk saya lupa.



cacilah, makilah, hinalah.
benci itu datangnya sepintas lalu,
sifatnya sementara.

berulang kali awak halau.
berulang kali hati ini awak hancurkan.
namun
berulang kali juga hati ini terpujuk sendiri.



mohon kurangkan gilanya pengasih awak itu.
kali ini,
tolong benarkan saya cintai awak dalam sedar.


kerana saya sudah tidak mampu berada diawangan semata.

Thursday 21 February 2013

Singapore, I Love You (Part 1)

kalau saat gelap malam ini kau sedang sunyi,
ketahuilah,


aku disini sedang duduk bersimpuh setia menanti.















p/s : sabar sayang, tunggu aku sabtu ini.

Monday 18 February 2013

Fate can act in a curious way.


What in the world is a girl to do?
When in this smokey place I only see you
Was far away when you caught my eye
You've brought me back and now you're making me high
I was alone out there, with no one else around
Now I've fallen for you, and there's no coming down
Till there was you, I know what you're needing
My thoughts are leading me straight into your eyes
What can I do? I'm looking right at you
This feeling is all new,

I want you addicted to me.

Thursday 14 February 2013

close your eyes and count to ten.

i know this day will come.
one way or another.
cuma bila? aku tak pernah tahu.

entah kenapa kaki aku sentiasa berat untuk melangkah pergi.
terlalu.
sampaikan berkecai ego,
tercampak maruah
bersepah harga diri
aku masih, dengan tak tahu malunya;
masih, memperjuangkan.

kononnya, cinta yang amat.


bullshit.


melihat sang pengganti bukanlah apa yang aku idamkan,
tapi mungkin itu yang aku perlu.
ruang aku itu, terlah lama kau kosongkan.
katanya, tidak bersedia untuk didiami sesiapa,
aku bodoh, masih mengemis tepi kaki lima, tunggu dijemput kedalamnya.
aku bodoh, tidak sedar, lama sudah ia dihias untuk si dia.
aku bodoh,
aku tahu.


melihat lebihnya dia, kurangnya aku,
melihat indahnya dia tercipta, meratap celanya aku,
melihat sempurnanya dia berkata-kata, berbanding aku yang entah tiada suara.
ah.
paling jatuh terdalam kali ini.


aku hilang suara, hilang segala deria.
aku pergi kali ini, tiada satu saat pun kau kira.
tanpa amaran, tanpa pesanan,
tiada sedikit pun kau herankan.

berulang kali aku bertanyakan,
mana silap? mari aku betulkan.
mana sumbing? mari aku tampalkan.
tiada satu pun kau tunjuk untuk aku sempurnakan.
mungkin aku pada kau tak akan pernah cukup
memuaskan.


dan sekarang aku rasa masanya.
tepat.
aku harus sedar dan berhenti berangan-angan akan
kalau-kalau.

aku harus bangun dari baringan,
mencerminkan muka,
membersihkan segala sisa air mata
ratapan-ratapan bertahun dipendamkan,
berdiri dibawah juraian air sejuk malam
dan mula
sebenar-benarnya
mula


berlalu dari sini.

Thursday 7 February 2013

v

she used to be the sweetest of them all.


up until they burn down the hopes
scream out the lies
slaying her heart with the sharpest,
hardest truth.

reality.
and fantasy.


how you ever differentiate of them two?

Wednesday 6 February 2013

istambul.

mungkin kita terlalu jauh.
jaraknya
dan
sifatnya.



menjadi seorang khalifah,
sudikah kau pandu arah
jiwa yang sudah hancur punah?

Thursday 31 January 2013

customer service.

dibalik meja depan
menghadap pintu masuk
dia mengalis gincu merah dan sapuan bedak untuk kali ketiga.

dengan kaki mengetap
laju.
makin laju.
peluh berlari dari tingkat 5 ke bawah masih belum kering
di tambah peluh risau menanti
kalau kalau.

dia cermin kan kembali.
maskaranya
blusher nya.
fringe atas keningnya
dan kuku merah batanya


perfect.
baru boleh jadi
fantasi pejabat kelas atasan.



babi ah.
aku benci kerja mengadap muka manusia nafsu tak pernah puas ni.

polygamist.


dia sudah terbiasa mencintai lebih dari seorang.


kata dia;
kalau yang ini menyakitkan, yang itu akan ubatkan.
bagi dia,
dia tidak akan terlebih mencintai, terlebih merisaukan
terlebih memanjakan mahupun terlebih menjaga.
dia punya lebih dari satu untuk dibahagikan;
apa yang lebihnya?

umpamanya cinta itu kuantitinya tetap.
tersignifikan.
yang dibekalkan setiap orang; sama.
tapi portion pembahagian ; berbeza.

kononnya setiap lelaki itu akan memberi setiap besar bahagian yang sama; yang paling besar, paling major ; satu.
dan apa yang ingin dibalas; mungkin hanya suku.

namun,
malang baginya.
malang selalunya.
yang suku itu selalu terlalu kuat melebihi satu--

suku itu yang sentiasa  terlebih mencintai, terlebih merisaukan
terlebih memanjakan mahupun terlebih menjaga.

Monday 28 January 2013

kronik.

yang kalau di diamkan, dia parah.
yang kalau di luahkan, dia marah.
menjadi aku; apa agaknya pilihan kamu?

sepertinya aku punya segengam cinta.
(ya, seperti semua orang, aku juga punya perasaan untuk dikongsi bersama)
segengam cinta.
yang pelan pelan mengalir celah jari,
celah gengaman,
entah sebab aku terlalu kuat mengengam
atau sebab aku tidak cukup kuat mengengam;
aku tak pasti.


semalam, setiap malam,
ia menitis. setitik. demi setitik.
dan sebelum aku ketandusan ;
boleh kau tolong hirupkan dan hidup bawah telunjuk aku?



de fak kan permintaan?

Sunday 27 January 2013

indian viewers.

hello, kau.



mahu apa lagi?
untuk ke sejuta billion zillion kalinya;


fuck off please?

Thursday 3 January 2013

nazar

aku minta di permudahkan cara.
dan sebagai galang gantinya, aku korban kau.



si cinta yang paling mustahil untuk aku lupa.