Thursday 7 August 2014

Mean.

Kenapa kadang kadang cinta itu sifatnya menghancurkan?


Sepertinya kalau mencintai itu maksudnya memberikan sebilah pisau tajam kepada seseorang dan merelakan diri di tikam berulang kali.
tanpa boleh mengelak, mengeluh atau melawan.

Ini suatu hubungan yg abusif.
aku tahu.
fizikal emosional dan mental
dihukum secara masif dan total.
Suatu yang sungguh tidak sihat.
aku tahu.

tapi apa yang mampu aku lakukan?
Kalau cinta ini terlalu dalam dan tidak boleh dipulangkan?

Wednesday 6 August 2014

malam bintang hilang.

Dari awal pagi.
bintang satu demi satu semakin malap

dan sepertinya cahayanya
dengan sengaja menghiris halus
hati yang entahkan hidup
entahkan mati ini.

Monday 4 August 2014

kesempurnaan.

Sepatutnya aku harus mula menitip ayat ayat manis untuk kamu.
Speatutnya aku harus mula mengatur strategi; merancang kau untuk kekal
dan terus berada di sini.
sepatutnya kamu berhak
untuk mendengar ayat ayat cinta dari aku.

kamu.
laki laki yang rela mengadaikan apa sahaja
demi aku.
kamu.
Yang paling berusaha antara kita.
kamu.
suatu kesempurnaan.


kamu.
suamiku.





kamu.
Dan bukan dia si pencintaku.