Thursday 30 May 2013

La Douleur Exquise.

At first I just wanted you to fuck me,
but then I got greedy.









Now I want you to love me

Wednesday 29 May 2013

kaca dan nyata.

mungkin pada sesetengah orang,
aku ini terlalu gila.
hati keras, tidak berhati perut, tidak waras
hilang pertimbangan
baran tidak kena tempat
tak pandai menilai
tak pandai menghargai
terlalu lepas tangan
tidak mampu berkomitment
tidak mampu menyayangi
terang terang
ego yang maha tinggi.


mereka silap.
mereka tidak pernah kesini.
mereka tidak pernah terlihat titis air mata aku meratapi
tiap tiap hari sebelum lena.
mereka tidak tahu apa dalam akal aku
tiap kali aku termenung jauh.
tiap kali aku berhenti menanti hijau.
tiap keluh aku perlahan,
mereka tidak pernah dengar.
dalam mata ini, mereka tidak pernah selami.


jiwa aku ini penuhnya dia.
aku boleh dan mampu menyayangi sepnuh jiwa
separuh gila.
tapi aku pendam.
pendam
dalam dalam
sampaikan suatu hari ;





ia hilang.

Tuesday 28 May 2013

payday.

aku tahu

kalau kau punya mampu,
seluruh alam ingin kau tatangkan.
semua ingin kau berikan
kemewahan, kegembiraan
apa pun minta,
kau cuba tunaikan.


tapi sayang,
hidup ini punya limitasi.
yang mana penghalang
yang membezakan kan kau
dari laki laki yang lain

biar kau itu hanya satu
dan
hanya itu.
hanya satu
hanya untuk aku.

hatred of love.

dihembus hembus
ditiup tiup,
tidak bergerak.
yang datang cuma libasan libasan
perasaan
yang maha menyakitkan.

makin dalam
makin pedih.
sayang aku itu pada kamu.

Sunday 26 May 2013

tsunami.

dalam seribu kepahitan dan seribu kesakitan
yang datang bersama saat pertama kita berjumpa;


sayang,
aku bersedia.

Saturday 18 May 2013

marriage proposal.

yang kalau ditangguh tangguh pun tak apa
yang mahu ditunggu bekalan wang mencukupi dahulu pun tak apa
yang diberi seadanya seikhlasnya pun tak apa.
yang penting ada janji untuk kekal setia bersama selamanya.
dalam sesak, dalam senang.
bersama.




ini bukan kerana dia tersekat tiada pilihan selainnya.
dia ada.
cuma,
dia mahu lelaki itu lelaki terakhir buatnya.

KL-MLK

suatu ketika dahulu.
kau pernah ada dalam doa-doa selepas sujudku.
suatu ketika dahulu
pernah aku merayu pada Dia agar kau jodohnya bersamaku.


kau pernah ada, sayangku.
pernah.



tapi sekarang tidak lagi.