Thursday 14 February 2013

close your eyes and count to ten.

i know this day will come.
one way or another.
cuma bila? aku tak pernah tahu.

entah kenapa kaki aku sentiasa berat untuk melangkah pergi.
terlalu.
sampaikan berkecai ego,
tercampak maruah
bersepah harga diri
aku masih, dengan tak tahu malunya;
masih, memperjuangkan.

kononnya, cinta yang amat.


bullshit.


melihat sang pengganti bukanlah apa yang aku idamkan,
tapi mungkin itu yang aku perlu.
ruang aku itu, terlah lama kau kosongkan.
katanya, tidak bersedia untuk didiami sesiapa,
aku bodoh, masih mengemis tepi kaki lima, tunggu dijemput kedalamnya.
aku bodoh, tidak sedar, lama sudah ia dihias untuk si dia.
aku bodoh,
aku tahu.


melihat lebihnya dia, kurangnya aku,
melihat indahnya dia tercipta, meratap celanya aku,
melihat sempurnanya dia berkata-kata, berbanding aku yang entah tiada suara.
ah.
paling jatuh terdalam kali ini.


aku hilang suara, hilang segala deria.
aku pergi kali ini, tiada satu saat pun kau kira.
tanpa amaran, tanpa pesanan,
tiada sedikit pun kau herankan.

berulang kali aku bertanyakan,
mana silap? mari aku betulkan.
mana sumbing? mari aku tampalkan.
tiada satu pun kau tunjuk untuk aku sempurnakan.
mungkin aku pada kau tak akan pernah cukup
memuaskan.


dan sekarang aku rasa masanya.
tepat.
aku harus sedar dan berhenti berangan-angan akan
kalau-kalau.

aku harus bangun dari baringan,
mencerminkan muka,
membersihkan segala sisa air mata
ratapan-ratapan bertahun dipendamkan,
berdiri dibawah juraian air sejuk malam
dan mula
sebenar-benarnya
mula


berlalu dari sini.

No comments:

Post a Comment