Friday 29 July 2016

aku sedang bahagia; dan ini menakutkan.


agaknya apa perlu aku korbankan untuk harga kebahagian ini?



sempurna?belum.
tapi aku sedang terlalu bersyukur.


apa yang di ambil, mungkin selayaknya harga.
apa yang bakal di ambil, itu yang berbahaya.


Friday 10 June 2016

reset. decluttering.

hai.
nama aku Sury.
dan kini hidup aku sedang dalam ketenangan
dan
kestabilan.

aku kini bukan sahaja disini,
malah di mana mana yang aku ingin berada.

kadang kala jauh,
kadang kala sedang terbang disisi mu.

menakutkan, ya?
ya.
aku kini hampir.
dan kamu mungkin boleh hidu,
bau dan rasa kehadiranku.

tidak berniat, tidak.
jauh sekali ingin memporak perandakan kegembiraan palsu kamu
tapi gembira apa bila kamu masih mengekori langkahku?

tidak gembira?
aku tahu. aku tahu.
tapi sesuailah dengan rupa mu.
seorang penipu.

Monday 12 October 2015

pseudo effect.

Dan hari ini
Dan dalam kejauhan ber ratus ratus batu ini
Dalam kesibukkan membunuh ini

Aku mengaku
Aku rindu.
Bau.
Rasa.
Susuk
Dan
Kelibat;
Kamu.



Aku rindu berada dalam pelukkan kamu saat matahari beradu.
Aku rindu dengus nafas nyenyak kamu saat aku masih lagi sedar,
Kerana tidur itu membuang masa kala kamu di sisiku.
Aku rindu mengalur jari jemariku di sekitar tubuhmu bila bila yang aku mahu.
Aku rindu peluk kucup kamu ketika aku sibuk menyedia makan, membasuh pinggan dan
Aku rindu
Merangkul lengan itu saatnya kamu sedang memandu.


Alahai cinta.
Aku ini bukan milik kamu lagi.
Akan mula bukan milik kamu lagi.
Bagaimana harus aku belajar,
mencintai dan merindui
Dia yang halal bagiku? .








 sedangkan kamu lah yang sentiasa dalam fikiranku?

Tuesday 7 July 2015

yang sampah.

Kata kau;
Aku ini bodoh.
punya yang bagus, masih terhegeh pada yang sampah.

Kata kau lagi;
Aku ini bebal. 
Entah di halang laut api duri belantara,
Masih menyembah pada yang sampah.

Dan kata kau lagi; 
Aku ini hina.
meletakkan diri sendiri dalam lembah paling terkeji,
masih demi seorang sampah.


Engkau lupa.
one man's trash, is another man's treasure. 

kerna aku rindu.

ramadhan kali ini sedikit lebih hambar.

awal puasa lalu kami berhenti berhubung.
entah kenapa.
hati tidak lagi begitu tetap.

ragu-ragu.
gelisah.
ketidakpercayaan.
bukan di buat buat; tapi benar.
mungkin kerna beberapa minggu sebelumnya aku di sua sekilas erti berumah tangga.

i dont wanna this.
not this.
i want him, but not this.

i want to wake up in his arm, but not like this.
i want to sleep with his leg around mine . but not like this.
i want to make coffee lunch dinner for him but
i know; that would never be enough.

i am a wife but...



kali ini juga aku sedar.
bukan semua guilty pleasure akan selamanya guilty pleasure.

Friday 15 May 2015

hidup dalam kelajuan.

maaflah.


entah apa di minta maafkan, tak tahulah.
hidup kebelakangan ini terlalu menerujakan.
terlalu menuntut masa, tenaga dan jiwa.
secara sepenuhnya.


pada masa yang sama;
cinta , hati masih dalam percaturan.
atas pagar.

entah yang kiri;
yang paling dicintai.
yang diadorasi secara menggila.
yang terlalu aditif.
dan dia juga yang terlalu merbahaya untuk
masa depan dan keseluruhannya.


atau-

entah yang kanan;
yang direstui bonda,
yang punya kerjaya cerah,
yang punya harta menjamin
anak dan keluarga
namun dia juga yang langsung tidak menerujakan jiwa.


haih.

Monday 10 November 2014

adorasi

Bibir itu.
Yang menjerit, yang memaki.

dan bibir itu juga, 
yang mengucup dan mengukir hati.




Happy 30 Oct & 10 Nov, darls.