Monday 12 October 2015

pseudo effect.

Dan hari ini
Dan dalam kejauhan ber ratus ratus batu ini
Dalam kesibukkan membunuh ini

Aku mengaku
Aku rindu.
Bau.
Rasa.
Susuk
Dan
Kelibat;
Kamu.



Aku rindu berada dalam pelukkan kamu saat matahari beradu.
Aku rindu dengus nafas nyenyak kamu saat aku masih lagi sedar,
Kerana tidur itu membuang masa kala kamu di sisiku.
Aku rindu mengalur jari jemariku di sekitar tubuhmu bila bila yang aku mahu.
Aku rindu peluk kucup kamu ketika aku sibuk menyedia makan, membasuh pinggan dan
Aku rindu
Merangkul lengan itu saatnya kamu sedang memandu.


Alahai cinta.
Aku ini bukan milik kamu lagi.
Akan mula bukan milik kamu lagi.
Bagaimana harus aku belajar,
mencintai dan merindui
Dia yang halal bagiku? .








 sedangkan kamu lah yang sentiasa dalam fikiranku?