Monday 10 November 2014

adorasi

Bibir itu.
Yang menjerit, yang memaki.

dan bibir itu juga, 
yang mengucup dan mengukir hati.




Happy 30 Oct & 10 Nov, darls.


Sunday 2 November 2014

moonlight.

Saya merasakan sekarang ini saya sedang menjadi seorang yang tamak.

Saya mahukan lebih.
saya menuntut dengan tanpa batasan.
sepertinya
semua yang sedang berlaku ini;
tidak cukup.



Langsung tidak cukup.


Ya.
Saya cintakan dia.
dan ya,
Saya rela menyerahkan segalanya.


Apa berdosakah saya menuntut pulangan yang sama?

Saturday 1 November 2014

post fight event.


He kissed my forehead. Our eyes met. My fingers linger through his strong figured face. His naturally well shaped brows. His lil goatee which he kept once I told him how crazy I am over guy with goatee. His stubborn chin. His thin nicotined lips. His lil scar on his right cheekbone. His high cheekbone. Gosh. How could I am not love this man?

Then I ask him, "Do you really loves me? "
He smirk and pretend sleeping.
His reactions broke my heart.

But then he hold my hand and brought it to his chest. Still. His heart. Still. Back to his chest and then to his lips. Still. He kissed my fingers.
                                   


Only then I knew.
His love is beyond words.

Friday 19 September 2014

Dia punya perancangan.

Entah kenapa.
Tiap kali hati jiwa dan perasaan ini ditikam;
Akan muncul seseorang yang akan (cuba) meredakan.

Mungkin ini. Mungkin itu.entahlah.
Sepertinya sebuah petanda.

Thursday 7 August 2014

Mean.

Kenapa kadang kadang cinta itu sifatnya menghancurkan?


Sepertinya kalau mencintai itu maksudnya memberikan sebilah pisau tajam kepada seseorang dan merelakan diri di tikam berulang kali.
tanpa boleh mengelak, mengeluh atau melawan.

Ini suatu hubungan yg abusif.
aku tahu.
fizikal emosional dan mental
dihukum secara masif dan total.
Suatu yang sungguh tidak sihat.
aku tahu.

tapi apa yang mampu aku lakukan?
Kalau cinta ini terlalu dalam dan tidak boleh dipulangkan?

Wednesday 6 August 2014

malam bintang hilang.

Dari awal pagi.
bintang satu demi satu semakin malap

dan sepertinya cahayanya
dengan sengaja menghiris halus
hati yang entahkan hidup
entahkan mati ini.

Monday 4 August 2014

kesempurnaan.

Sepatutnya aku harus mula menitip ayat ayat manis untuk kamu.
Speatutnya aku harus mula mengatur strategi; merancang kau untuk kekal
dan terus berada di sini.
sepatutnya kamu berhak
untuk mendengar ayat ayat cinta dari aku.

kamu.
laki laki yang rela mengadaikan apa sahaja
demi aku.
kamu.
Yang paling berusaha antara kita.
kamu.
suatu kesempurnaan.


kamu.
suamiku.





kamu.
Dan bukan dia si pencintaku.

Saturday 26 July 2014

perang dingin selama 20hari tamat hari ini.

Dan kalau boleh
aku mahu setiap saat saat kita tadi diabadikan
selamanya.

senyum kamu.
manja kamu.
tawa kamu.
keluh kamu.
rengek kamu.

terlalu mahal.


hinggakan aku sanggup mengadai apa sahaja.
apa sahaja--
Untuk menyimpanya.

Genyah.

Selamat malam, sayang.
semoga lelapmu kali ini lebih tenang.


Monday 7 July 2014

cant deny.

Ketika aku di tinggalkan cinta semalam;
Segala di sekelilingku hancur.
Musnah.

Berkecai.
dan
ditiup angin, pergi.


Aku cinta.
terlalu cinta.
sehinggakan tiada cinta aku tinggalkan untuk aku sendiri.
dan kini bila semuanya pergi,
yang tinggal hanya aku.
dan memori bersama kamu.

Tuesday 10 June 2014

Heli Love

Take me away.
Now.

for you already destroy
the best of us.

Take me away.
Fast.

for you already dissapear
all over again.

Saturday 17 May 2014

between may and june.

I dont like june.
And i never like may neither.



Awal june nanti, lelaki pertama yang paling dan pernah aku kasihi akan bernikah.
ya.
Awal june nanti.


Aku masih menunggu jemputan di peti pos setiap hari
demi hari itu

:)

Wednesday 14 May 2014

Wednesday 23 April 2014

easter bunny

Anggap ini sebagai suatu ujian.
penanda aras menentukan kepentingan aku
pada kamu.

Mungkin awal april lalu engkau masih belum pasti.
tak mengapa.
mungkin kali kedua itu
untuk engkau muktamadkan
apa mahu teruskan
apa mahu berhenti.
tak mengapa.


hint hint mudah seperti menyuruh aku bersabar
aku dengar.
Tapi izinkan aku tentukan pengakhiran kita
sebelum aku di koyak rabak di hancur musnah oleh engkau.



aku ingin lari.
sku sedang berlari.
Mahukah engkau mencari?

Friday 4 April 2014

April is fooling us.

oh.
hello.



there is your escape window.
you may go
before all of these become unstoppable.



I didnt promise you anything
except;

me.

Sunday 30 March 2014

my Kryptonite II



"I will take you as my wife, forever. Until death do us apart"

-230314





Lets start writing vows, bitches.
:)

Thursday 20 March 2014

hadiah dari langit.



apa ini rezeki aku
apa ini ujian buat dia?

Hai kamu.
apa kamu telah bersedia?

aku ini.
berjuta cacat cela.
benar.
yang pasti apa pun-
apa pun anggapan kamu;
pokoknya aku jauh dari sempurna.


manakala kamu.
terlalu jauh bezanya kita;
baik perilakunya
manis rupanya
lembut percakapannya
bijak percaturannya.
tajam pemikirannya.


maka;
cocok kah kita?
perkenalan ini untuk apa?



apa ini mimpi indah aku
apa ini pengajaran buat kamu?