Thursday, 7 August 2014

Mean.

Kenapa kadang kadang cinta itu sifatnya menghancurkan?


Sepertinya kalau mencintai itu maksudnya memberikan sebilah pisau tajam kepada seseorang dan merelakan diri di tikam berulang kali.
tanpa boleh mengelak, mengeluh atau melawan.

Ini suatu hubungan yg abusif.
aku tahu.
fizikal emosional dan mental
dihukum secara masif dan total.
Suatu yang sungguh tidak sihat.
aku tahu.

tapi apa yang mampu aku lakukan?
Kalau cinta ini terlalu dalam dan tidak boleh dipulangkan?

Wednesday, 6 August 2014

malam bintang hilang.

Dari awal pagi.
bintang satu demi satu semakin malap

dan sepertinya cahayanya
dengan sengaja menghiris halus
hati yang entahkan hidup
entahkan mati ini.

Monday, 4 August 2014

kesempurnaan.

Sepatutnya aku harus mula menitip ayat ayat manis untuk kamu.
Speatutnya aku harus mula mengatur strategi; merancang kau untuk kekal
dan terus berada di sini.
sepatutnya kamu berhak
untuk mendengar ayat ayat cinta dari aku.

kamu.
laki laki yang rela mengadaikan apa sahaja
demi aku.
kamu.
Yang paling berusaha antara kita.
kamu.
suatu kesempurnaan.


kamu.
suamiku.





kamu.
Dan bukan dia si pencintaku.

Saturday, 26 July 2014

perang dingin selama 20hari tamat hari ini.

Dan kalau boleh
aku mahu setiap saat saat kita tadi diabadikan
selamanya.

senyum kamu.
manja kamu.
tawa kamu.
keluh kamu.
rengek kamu.

terlalu mahal.


hinggakan aku sanggup mengadai apa sahaja.
apa sahaja--
Untuk menyimpanya.

Genyah.

Selamat malam, sayang.
semoga lelapmu kali ini lebih tenang.


Monday, 7 July 2014

cant deny.

Ketika aku di tinggalkan cinta semalam;
Segala di sekelilingku hancur.
Musnah.

Berkecai.
dan
ditiup angin, pergi.


Aku cinta.
terlalu cinta.
sehinggakan tiada cinta aku tinggalkan untuk aku sendiri.
dan kini bila semuanya pergi,
yang tinggal hanya aku.
dan memori bersama kamu.

Tuesday, 10 June 2014

Heli Love

Take me away.
Now.

for you already destroy
the best of us.

Take me away.
Fast.

for you already dissapear
all over again.